Friday, July 24, 2009

I'm taking time...

"finding love"

"kesunyian di tengah keramaian"


Today i'm taking time to doing something which can released my stress..I'm start thinking one of the activities we've done in stress management's class 2 years ago..

Point zero painting..
painting with no rules..
no think about what colours to choose..
just close ur eyes, think about the 1st colour that flash in ur head...
and draw it..
use ur creativity, imagination..
puts all what u think on da paper

and this is what i've got...

Sunday, July 19, 2009

Soulmate

Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Wednesday, July 15, 2009

Ada apa dengan kaunseling.


Kelmarin saya berkesempatan menyertai bengkel kes kaunseling yang dikendalikan oleh Pusat Kaunseling MAINS, Seremban. Penyertaan ke bengkel tu pun secara tak sengaja dijemput oleh En. Norazman, Ketua Eksekutif Kaunselor di situ. Saya call dia sebab nak berbincang mengenai kaunseling perkahwinan di Malaysia. Jadi, alang-alang dia jemput saya join la.

Kali pertama ke Seremban dengan memandu sendiri. Risau sesat. Malam tu saya dah call adik awal2 tanya tempat bengkel dan dia pesan datang awal sebab kat Seremban selalu jem. Saya pun sesat jugak mencari dewan bengkel tu tapi takde la sesat yang lama.

Ini kali pertama saya pergi bengkel secara perseorangan. Biasanya pergi dengan kawan dan atas nama fakulti. So, selesai mendaftar saya masuk dewan. Mata saya melilau mencari tempat dan orang yang duduk sorang2. Bukan apa nak cari kawan untuk bertukar2 fikiran. Saya pun mendapatkan meja kedua dari depan. Ada seorang akak ni duduk sorang kat situ.

Dah duduk sambil membelek beg bengkel yang berisi buku program, kertas kerja, alat tulis dan juga pamplet2 Pusat Kaunseling MAINS. Tetiba akak kat sebelah tu bersuara;

"Akak tak percaya dengan kaunseling ni. Mengarut je.."
Saya senyum memandang dia.
"Akak dulu pernah la jumpa kaunselor. Kita ni memang dah ada masalah, fikiran serabut. Sampai kat dia boleh dia suruh akak bercerita tentang masalah akak. pastu dia senyap je. dia kata dia nak dengar cerita akak. Akak ni datang kat dia nak minta pendapat dia nak selesaikan masalah, dia pulak suruh kita bercerita" ujar akak tu.
Saya bertanya pada akak tu.
"Akak rasa kaunselor tu tau ke apa masalah akak?"
"Mana la akak tau. Kita nak dia faham la yang kita ni perlu bantuan dia".
"Walaupun kaunselor ni boleh bantu orang menyelesaikan masalah tapi selagi klien tu tak cerita apa masalah dia, kaunselor tak tau. Kaunselor ni bukan macam ahli nujum. Tengok muka orang dah tau apa masalahnya" ujar saya.

Pastu akak tu mengomen lagi ketidakpuasan dia pasal kaunseling.
"Anak akak pun tak percaya pasal kaunseling-kaunseling ni. Dia kat sekolah dah berapa kali kena panggil dengan guru kaunseling. Ayatnya mesti sama. Sampaikan anak akak pun dah boleh hafal ayat tu"

Itulah salah satu senario yang saya pernah lalui mengenai pandangan masyarakat mengenai kaunseling. Dulu masa buat internship kat hospital bila tanye patient pernah pergi buat sesi kaunseling? pernah jumpa kaunselor? Ada yang jawab, "apa tu kaunseling?" Tak pernah dengar pun.

Hari ini masyarakat terutamanya masyarakat Melayu masih lagi kurang mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Sebagai contoh paling dekat kaunseling perkahwinan. Kalau ada timbul masalah, konflik suami isteri lebih suka bercerita masalah mereka kepada kawan atau keluarga. Amat jarang pergi berjumpa dengan kaunselor. Ada juga yang berniat mahu berjumpa kaunselor tapi memikirkan pandangan masyarakat bahawa pergi jumpa kaunselor ni orang yang bermasalah, memalukan nak cerita hal sensitif dalam rumahtangga pada orang asing. Ini adalah stigma masyarakat terhadap kaunseling perkahwinan.

Lantaran itu, ramailah yang menyalurkan masalah mereka bukan pada tempatnya seperti rakan2. Tak salah berbincang dengan rakan tapi biarlah kena dengan orangnya. Hari ini banyak kes suami orang bercinta dengan isteri orang. Gara-gara asalnya hanyalah sekadar teman bercerita dan meluahkan masalah. Alasannya hanya orang lelaki boleh memahami masalah lelaki. Maka hasil pertemuan dan perbincangan tersebut membuka ruang kepada gejala-gejala lain yang mungkin akan timbul seperti rasa suka pada rakan tersebut, rasa disayangi dan sebagainya.

Makanya, apa yang membezakan antara kaunseling dengan perbincangan rakan2 adalah kaunseling itu adalah satu proses membantu yang sistematik iaitu proses memahami persekitaran diri, penerokaan isu yang dihadapi oleh klien, mengenalpasti isu yang membebankan,matlamat klien yang diharapkan melalui sesi kaunseling tersebut, alternatif yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu. Di sinilah hanya kaunselor yang terlatih, berkemahiran dan berpengetahuan dapat membantu kliennya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Semuanya berlaku atas dasar profesional dan etika seorang kaunselor. Dan tentunya untuk menjadi seorang kaunselor yang mahir memerlukan pengetahuan, pengalaman dan praktikal kemahiran yang berterusan.

Monday, July 13, 2009

Durian ohhh durian

Musim buah adalah musim yang paling aku tunggu-tunggu. Bukan apa buah yang paling aku nak makan dah tentunya buah durian. Tapi durian tu durian dari pokok yang ayah aku tanam kat umah kat kampung tu je..

Sesungguhnya aku menahan perasaan jiwa, emosi dan mental bila melihat durian. Aku tak nak makan durian lain selain durian pokok ayah aku. Aku rasa durian tu sedap takde tandingan dengan durian lai..Sebenarnya bukan apa..Tiap kali aku beli durian kat pasar malam ke, tepi jalan ke semuanya aku tak puas hati makan.Mesti tak sedap la..So, aku pun tahan diri tunggu durian ayah aku.

Tahun ni pokok durian kat rumah tu meriah ler buahnya..Aku balik minggu lepas durian tu baru je 2 hari gugur..Aku merasa durian baru le..Sampai je kat umah, adik ipar aku, Nasa terus pegi dapur. Aku nampak selonggok durian depan pintu..Wahhh..aku menjerit gembira..best giler nampak durian..

Dengan tak sabarnya kami terus menikmati durian tu..Tahun ni aku ade geng baru jadi hantu durian. Adik ipar aku giler durian. Dan durian yang dia suka pun durian ayah aku.Gara-gara makan durian tu masa majlis akad nikah tahun lepas. Masa tu buah terakhir tinggal 5 biji je..So, merasa sikit sorang je la..

Nak dijadikan cerita, malam tu lepas makan malam kami sekeluarga mengadap lagi durian tu. Ayah aku tukang kupas je. Uda, tak boleh makan banyak-banyak. Dia tengah mengandung.

"Makan durian ni bukan macam makan nasi. Sekali hadap dah kenyang. Kena makan banyak kali, baru puas hati" aku menyampuk ayah dengan Nasa berborak.

"Tu bukan makan namanya. Tu hantu durian.." adik aku, Syihan menyampuk.

"Apa-apalah abang, janji dapat makan durian ayah ni..Perghh..memang best.." Nasa meningkah.

Apa-apalah korang, janji aku dapat makan durian ni..memang puas hati.

Alhamdulillah..esok sambung lagi makan durian..Ohh..kucing aku pun makan durian jugak..

Wednesday, July 8, 2009

Time Tunnel Cameron Highlands









Wednesday, July 1, 2009

Dia itu.. (Episod 1)

Hari ni aku menyusuri lagi jalan yang sama. Aku melintasi lagi bangunan yang sama. Pagi ini desir angin sepoi-sepoi bahasa mencium pipiku. Daun-daun layu berguguran.. tapi daun-daun kering kena sapu dengan tukang sapu.

Sampai aku jugak kat Anjung Ilmu ni..waduh..penat kaki jalan..jauh aku menapak..parking terhad.nak-nak sem baru buka ni.kalau tak datang pepagi alamatnya aku kena parking kat depan fakulti ekonomi tu.

Hari ni aku nak lepak kat mana yek. Kat tingkat 5 tak boleh..lampunya terang sangat. Mata aku berpinar dok lama-lama kat situ. Hmm..dok kat tingkat 3 la.tapi tingkat tu beku..takpe la. tak ramai orang. nanti tak jadi keje..asyik cuci mata je..aku kena fokus..

Aku pun ambik 'port' biasa aku. Tiba-tiba...