Monday, October 19, 2009

Bicara di penghujung Syawal.

Berbicara dengan teman yang telah lama tidak bertemu mengimbau kembali kenangan Syawal yang lepas2. Bulan Syawal sebenarnya banyak meninggalkan pelbagai kenangan dan perasaan pada diri saya (dan juga teman). Tiap kali muncul Syawal hati dan perasaan kami bergolak. Kami melalui dua pengalaman yang sangat kontra di penghujung bulan Syawal. Dua tahun lepas, saya ketika itu bakal meraikan majlis yang sangat menggembirakan. Namun, itulah yang dikatakan takdir Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Teman melalui saat yang mendukacitakan walaupun sebenarnya kami akan meraikan majlis yang sangat istimewa.

Siapa tahu, peristiwa tersebut memberi pengajaran dan pengalaman hidup kami. Rentetan peristiwa di penghujung Syawal itu umpama membuka satu demi satu pengalaman baru dalam hidup saya. Jatuh bangun diri saya, luluh kecewa, duka lara, gembira bahagia semuanya bermula dari situ. Saya kira teman pun begitu juga. Dan saya pasti dia lagi tabah menghadapi semua itu..

Semalam, semua itu tinggal kenangan. Saya perlu bangkit (sebenarnya dah cuba bangkit sedikit demi sedikit) dari kesan kekecewaan itu. Teman juga perlu bangkit. Dan saya kira tempoh dua tahun itu telah memberi dia satu ruang untuk membuat pembaharuan. Syabas teman kerana semalam kamu telah berjaya memperolehi segulung ijazah. Ijazah yang tidak ditawarkan oleh mana2 universiti di Malaysia ini tetapi di universiti kehidupan kamu sendiri. Dan saya kira itulah yang sangat bermakna..

Teman, saya kira sepanjang hidup kita pasti kita akan kecewa, sedih, duka lara dan gembira. Itu lumrah hidup. Sepanjang kita hidup selama 30 tahun ini, itulah dugaan dan kekecewaan terbesar yang Allah berikan pada kita. Mungkin itu adalah turning point untuk diri kita. Cumanya bagaimana kita melihat dan menilai peristiwa dan pengalaman tersebut dari perspektif diri kita. Sekiranya Allah SWT tidak memberikan kita peristiwa dan pengalaman itu, kita tidak akan merasa kuat dan tabah. Percayalah, siapa yang nak ajar kita semua tu?? Dan Allah SWT itu Maha Mengetahui kerana Dia memberikan dugaan itu sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Lihat kita hari ini teman, cuba bandingkan diri kita sebelum peristiwa itu dan diri kita hari ini..Saya kira kita dah pun berjaya menempuhinya.

Teman,tidak kira sebesar mana kekecewaan kita, seteruk mana dugaan kita, itu adalah pengajaran untuk kita mengharungi hidup mendatang. Semoga Syawal ini kita akhiri dengan satu konklusi yang positif. kenangan itu tetap terpahat diingatan kita. pengalaman itu jalan penerusan hidup kita. Pengajaran itu sisipan penting laluan ranjau yang mendatang..

Tuesday, October 13, 2009

Writing a thesis = writing a novel.

Today i met with my mentor to get some ideas about my research, mostly sharing a feeling, her experiences, comments and critics..I'm really worried about my proposal's presentation next week..seems like i've lost an ideas to write, to think, to read..and lots of things stuck in my mind..so..i need to talk and explain and share with someone..

She said "writing a thesis is like writing a novel..how u want to make ur readers keeps on their eyes reading enthusiastically of what u've written..they can feel the momentum of each chapters, as they continuing read and evaluate, by the end of the chapters they agreed and satisfied with the result.."

I agreed with her. Its about how u want to tell them ur story.I'm sure as u want to write u have to read a lot and u should know the plots of the story. Nobody knows what on ur mind, what u have done..the 3 years (or maybe more) process of struggling, hardworking, sadness and happiness, waiting to prove in 20 minutes of viva presentation..

Its a tough journey..congratulation to whom throughout successfully ..hopefully i'm always have a passion, courages and determination to continue this journey..may Allah bless and always beside me..

Monday, October 12, 2009

Shopping = menyukai seseorang = SS (syok sendiri)

Saya suka shoping..buleh hilangkan stress. Walaupun hanya sekadar window-shopping. Saya suka shoping sebab suka tengok gelagat orang..paling tak tahan tengok sang bapa, sang teman lelaki, si abang, si adik yang menemani insan bernama wanita bershoping..kadang kesian tengok diaorang. Ada yang dah tak tahan tu duduk kat bangku tepi escalator tunggu sang wanita mereka memilih barang..tapi usaha mereka ni harus diberi pujian juga sebab lagi bagus daripada sang lelaki yang langsung tak menemani. Teringat seorang teman rapat, kalau dia nak shoping dia suka ajak saya temankan sebab kalau dia bershoping dengan suami dia tak best katanya..tak syok..iye ker?? Tapi shoping memang syok..syok sendiri..

Bila shoping kita mesti set dalam kepala apa barang yang kita nak beli. Macam kalau saya nak beli baju contohnya, kali ni nak pilih kaler apa, corak macamana, fesyen yang macamana..lantas cuba mengingati koleksi baju2 yang ada..jadi baju2 yang ada kat shoping mall tu pun banyak pilihannya..kadang tu susah nak buat pilihan..suka baju ni tapi coraknya macam tak sesuai, suka baju tu tapi fesyennya melampau pulak..

Suka pada seseorang adalah sesuatu yang semulajadi..lumrah alam..manusia ada hati dan perasaan. Bila kita menyukai seseorang sudah pasti ada sesuatu pada si dia yang menarik perhatian kita. Mungkin kerana pemikirannya, atau penampilannya, atau hobinya, atau rupa parasnya, atau kebijaksanaannya, atau kerjayanya..macam2 lagi la..
mampukah kita menangkis perasaan suka pada seseorang..??saya rasa mungkin tidak tapi tidak mustahil ia boleh diabaikan..kenapa?? secara logiknya kita pasti akan gembira kalau orang yang kita sukai itu menyukai kita juga..tapi adakah dia juga suka pada kita??perasaan dah tentu tidak boleh dipaksa2..lalu benarlah pepatah ini "it takes two to tango". Makanya, secara logiknya saya menyukai seseorang tanpa dia mempunyai perasaan yang sama seperti saya lalu saya umpama menari tango seorang diri..bukankah seperti berkhayal, syok sendiri...????

Seorang teman memberi pandangan..

“kenapa la ko suka kat dia.. Dia bukan tau pun ko suka kat dia..ko ni syok sendiri la”.. “iye ke?”

Saya dan teman sekepala..suka shoping..tapi bergantung pada keadaan dan kewangan la..hehehe..memang betul kalau shoping seperti syok sendiri..

”udah2 ler tu..kalo shoping macam dah takde esok hari..kita ni kalo dapat shoping..syok sendiri la”

Suka shoping dan suka pada seseorang membuatkan saya syok sendiri…ish.ish..shoping tu bagus sebenarnya..sekali-sekala boleh release stress..tapi menyukai seseorang kadang2 boleh buat kita stress. Kita asyik teringatkan dia..keje tak jadi..Dua situasi yang berlaku ini membuatkan saya berfikir. Saya boleh berhenti menyukai si dia tapi adalah mustahil untuk saya berhenti bershoping...

Wallahu'alam.

Friday, October 9, 2009

Harta-harta kecil kesayanganku..

Saya akan berpindah rumah tak lama lagi..banyak barang tak dikemas lagi..malas dan takde mood nak mengemas sebab memikirkan nak menghadapi presentation proposal 24/9 ni..takutnya..saya baru je nak present proposal, seorang teman dah nak viva next week (12/9) lagi la takutnya dia..katanya rasa macam seperti nak bersoal jawab dengan munkar nankir..takutnyaa..saya doakan dia dapat melakukan yang terbaik..

Rasanya lepas abis present proposal baru nak stat mengemas..tapi bila boring mengadap laptop ni..sini la tempat saya bertapa..dok tengok buku2, barang2 nih..


kaktus comel..beli masa bercuti kat cameron 3 bulan lepas..salah satunya berbentuk hati


dua orang adik kesayanganku..yang no.2 xde dalam gambar ni.


bekas stationary..mug putih hadiah birthday dari usim..baiknya usim..yang purple tu beli kat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan..lawatan student tahun 3..subjek psikologi bilazim.


mother board..hahah..tempat saya menempelkan cetusan minda, luahan rasa, hitungan waktu..


inilah 'stress ball'..bila saya tension saya picit, gigit bola ni..tujuannya nak melepaskan geram ke, tension ke..sungguh berkesan..


gambar tu masa lawatan kat Yayasan Tun Dr. Mahathir..ni gambar iklan colgate..sebab semua tersenyum menampakkan gigi masing2..sungguh melebar senyum kami..siap kuar suratkabar lagi gambar ramai2 tu..adik saya siap call kata nampak muka saya dalam suratkabar..terkejut ingat gambar ape la..rupanya gambar ramai2 tu..suspen je..belakang gambar konvo UPM..


laptop kesayanganku..baru berganti..harap2nya bertahan la utk 3 tahun pengajian ni..lebih dari tu lagi bagus..time ni tengah kalut+setruggle nak menyiapkan proposal..buku abis seme kuar letak kiri kanan..boring, kekontangan idea tu yang snap gambar ni..


buku autograf 1st batch pelajar kaunseling USIM..lilin tu masih kusimpan..kenangan..berat hati la nak buang..walaupun kenangan sedih tapi sayang nak buang..biarlah letak jadi perhiasan pun cantik..bukannya menyusahkan idup pun..


sebahagian buku yang ada..termasuklah novel2..yang tu tak baca pun lagi..xtau bila nak baca..


sebahagian fail2 jurnal+the baking book+water kaler+novel2 lagi..yang bestnya saya x pernah cuba lagi membaking dan dah lama tak melukis..ohhh..i miss my leisure time..


kebanyakannya novel2 A.Samad Said..Lantai T.Pinkie, Cinta Fansuri, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Adik Datang, Bendera Di Atas Bukit, Dari Salina Ke Langit Petang, 1 novel Usman Awang-Turunnya Sebuah Bendera..dalam banyak2 novel ni yang paling saya suka novel Cinta Fansuri dan Adik Datang..


hadiah kenangan dari Universitas Negeri Padang..lawatan dan seminar Internasional Kaunseling Silangbudaya..trademark Padang..rumah Minangkabau..sebagaimana yang diceritakan orang2 Minangkabau berasal dari sini..kadang2 ada ketika saya seram tengok umah ni..

Wednesday, October 7, 2009

Matahari terbenam di Pantai Remis

Foto-foto ni dah lama dalam simpanan. Dirakam 5 bulan yang lepas. Inilah pengalaman pertama saya merakamkan gambar yang memberikan saya satu perasaan yang saya mula menyukai fotografi..Walaupun bukan menggunakan kamera DSRL tapi ianya memberi peluang untuk saya cuba mengasah bakat 'terendam' nih..heheh..