Saturday, January 31, 2009

Finding Love at This Age

My heart tells me to keep looking, while my head says why I need to be rush..Sometimes it makes me crazy sometimes its makes me optimist..It's tough to be alone at this age actually..There is so many things coming up in my mind..sometime its negative then suddenly it could turn positive when my heart say "Don't worry dear, one fine day you will found the right person. Be patient..again.."

Critically, I'm asking myself: just who am I looking for? Well, most of women have a shopping list of qualities we look for in man. And no one says you should "settle" for any man without considering his character. Same as me..Way back 5 years ago, I've long list of characteristic for a guy that I'm looking for. But now, being too strict about my love list may be keeping me from finding love. Lately, I knew what I'm looking for..and it's makes me happy for it..

Right now, its not just to find a love but also a soulmate. Noted to myself, Internet is not for losers..Its broaden the choices...At this age, I just keep an open mind - think positive, put faithfull to God, enjoy what I'm doing, appreciate people around me, grab a chances and believe that love can be just around the corner...Let's experiences light up my amazing journey..

Feel 100% Happier-Believe in Yourself

That's what optimist do because optimism isn't blind faith. It means expecting thins will work out if you give them a push. This gives you the resilience to cope with setbacks. Dozens of studies show that optimism is linked with higher achievement level, better health and lower rates of depression and axiety, so it's certainly a skill worth learning.

Six reasons to be happy. Think of...

* someone who loves you
* someone you love
* a time when you were kind to someone
* a time when someone was kind to you
* one thing you like about where you live
* a reason to be proud of yourself

(source:The Malaysian Women's Weekly)

Friday, January 30, 2009

Berbaloi menanti...

"Bae..Kak Zu ada berita baik nak bagitau nanti.."
"Apa dia Kak Zu..? Nak kawin ek.."
"Takde la...Nanti la Kak Zu bagitau"

Bila dah jumpa..penatnya bercakap..non-stop..rasa macam lama sangat tak jumpa padahal baru je jumpa masa konvokesyen bulan Oktober dulu..sebelum bercerita pasal orang lain baik cite pasal diri sendiri dulu...

"Kak Zu dapat KPLI"
"Alhamdulillah.."
"Berbaloi Kak Zu menanti.."
"Tapi jauh..nun kat Perlis"
'Takpe la..tu kan rezeki..mana tau tambah lagi rezeki jumpa jodoh kat sana.."
"Tu la..bersyukur sangat.."
"Nanti bila lagi dapat jumpa kan.."

Iye..memang berbaloi kalau kita menanti dengan penuh kesabaran dan keikhlasan..Namun, akal kita sering-kali bertelingkah dengan emosi untuk memberi keyakinan..tatkala akal membenteng keyakinan, emosi menduga kesabaran..

Tapi, bila apa yang dinantikan itu tiba, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan itu..

Wednesday, January 28, 2009

Ada Masa Mata - Siti Nurhaliza

Ada masa masa
Bukan dengan mata
Nak menilai rupa
Mana cantik, molek dan manis
Tapi itu kerja hati
Melihat dari pekerti

Ada masa masa
Dari sisi sama
Masih tetap jua
Pandangan boleh berbeza
Asalkan saja di hati
Sudi cuba memahami

Ada masa mata
Ada sahaja
Ada yang tidaklah kena
Cerewet mencari sempurna
Terlupa apa berharga

Ada masa mata
Ada ketika
Tak terlihat cela
Kerana hati sudah suka
Seperti aku juga
Bila mengenal dirimu

Jangan kunci
pintu hati
Lepas pandang
Sebalik diri
Bila indah telah pudar
Atas apa kita berdiri

Tuesday, January 27, 2009

Doa Buat Palestin

Palestin,
Sekali lagi seluruh pelusuk dunia
Terpercik darah dan air matamu
tatkala kau hilang kata-kata
Menatap wargamu tak berdosa
Kanak-kanak, wanita dan orang tua
Melihat langit Gaza yang menyala
Dihiasi mesin pembunuh termoden
Angkara satu bangsa yang hina, Palestin
Gegar bom, mortar dan semua bencana
Didengar oleh sekelian bangsa dan agama
Air matamu mengalir disegenap dunia
Nyawamu semurah peluru tak bermata
Kami melihatmu dari relung hati diseksa
Namun tak akan hilang peta di dunia

Palestin,
Doa untukmu mengalir deras bagai arus
Dari segenap sungai kemanusiaan
Tuhan memerhati ketakwaanmu
Tatkala kubahmu ranap, menara tumbang
Namun azan terus bergema merata
Tanda kau tak pernah tewas
Musuh tak pernah menang

Palestin,
Kami menatap kalam sejarah panjangmu
Sekian abnyak para syuhada
Syahid ditatang tanah bonda
Mereka rela berjuang, sanggup mati
Demi agama dan watan tercinta

(karya Ku Seman Ku Hussain)

FMC Hutan Simpan UPM



Minggu lepas join fakulti pegi camping..huhu..bestnya..dah lama tak masuk hutan ni..last masuk hutan tahun lepas..teruja skit...sampai je bagi taklimat kat student..diaorang kena pasang khemah sendiri.sebelum tu ada renjer yang demo cara nak pasang khemah..Lepas tu kena la pasang sendiri..

Nak pasang khemah pun ambik masa..tup, tup dah maghrib..masa untuk makan malam..yang bestnya masak guna dapur gas..heheh..tak payah susah2 hidupkan api..sesuai la dengan tema camping focus motivation camp..bukannya survivor camp..malam ni dinner lauk sardin, sayur kobis goreng n ayam crispy goreng..boleh tahan la sedapnya...

Ada satu dapur yang digunakan oleh askar kot nak masak makanan..tapi dalam kuantiti yang banyak la..

Keesokannya, aku datang lepas Asar (sebab pagi kena gi kelas..camping jugak kelas xleh ponteng)..sampai je diaorang tengah buat aktiviti berpasukan..mata semua kena tutup..ada seorang ketua yang akan mengendalikan perjalanan tersebut..kena berpegang pada tali dan tangan antara satu sama lain..ahli2 kumpulan kena percaya pada ketua ni..kalau ketua ni masuk parit semua kena masuk parit..

punya la jauh jalannya..berliku-liku,

merempuh pokok yang tak seberapa besar,

memegang jentera yang membatu,

merentasi paya yang tak berapa dalam,

akhirnya tersungkur di hujung dahan yang patah..

orang jerit suruh menyusup bawah dahan tu, yang si ketuanya tak mendengar arahan naik atas dahan tu patah..tu la tak mengikut arahan lagi..

Malamnya pulak..ada nite walk..burung hantu...masuk dalam hutn tu..lalu taman herba..merentasi air terjun..dibekalkan dengan password..buatnya terserempak dengan sesiapa password ni la cara nak mengenalpasti..abis nite walk..diaorang ni ditinggalkan sorang2 kat dalam hutan tu..diberi lilin sepanjang dua inci sebagai penyuluh untuk mencari jalan pulang...

selamat kembali...

Rezeki, jodoh dan ajal Allah SWT yang Maha Mengetahui

Hari semalam dah sehari balik kg baru dapat berborak dengan ayah. Ayah dapat banyak undangan makan kenduri..Kenduri doa selamat balik haji, anak jiran dapat keje..baru hari ni dapat makan sekali dengan ayah..

Lepas makan kami berborak..Entah macamana ayah mengulas semula tazkirah yang didengari di masjid maghrib tadi. Tajuknya mengenai rezeki, jodoh dan ajal ditentukan oleh Allah. Bila ayah sebut pasal tu aku pasti ayah akan mengaitkan dengan zaman mudanya. Pasal bekas tunangnya, pasal arwah emak dan pasal kami masa kecil-kecil dulu..Memang tiap kali balik cerita ni yang ayah akan ulang..

Tapi sebenarnya seronok juga dengar cerita ayah..dulu ayah selalu cerita pasal zaman Jepun menjajah..masa tu ayah umur 5 tahun..ayah cerita bila petang je perintah berkurung bermula..lampu pelita kena padam..makan ubi kayu rebus, nasi jarang sekali..kapal terbang Jepun berlegar-legar diudara..semua orang takut..

Bila tiap kali dengar cerita tu aku insaf sekejap..bersyukur ayah masih dipanjangkan umur lagi..banyak sangat perngorbanan yang telah ayah lakukan untuk kami sekeluarga..
Berbalik pada topik rezeki, jodoh dan ajal ni..sejak akhir2 ni topik ni seringkali bermain-main difikiranku..ayah kata dulu masa muda dia nak kat orang lain, bertunang dengan orang lain dan akhirnya berkahwin dengan orang lain..itulah jodoh..kata ayah..kata-kata ayah tu sangat menyentuh hati aku..tiba-tiba je aku rasa aku macam kena badi ayah je..hehhe...bila aku cakap kat ayah, ayah gelak je..

tapi hakikatnya itu lah..aku percaya...semua ni..ada hikmahnya..