Monday, September 28, 2009

Perkembangan rumah kita.

This posting is dedicated to my best friends Ila and Isa..Ni la perkembangan rumah kita..



Jumaat lepas bawak ayah saya melihat kawasan rumah yang dibeli. Tengok rumah contohnya cantik. Ayah saya sangat teruja..Siap perli lagi..



"nanti furniture dalam umah ni kena la secantik rumah ni.."



Dia suka tengok rumah tu. Saya lagi suka. Tak sia-sia la Kak Saliza insist saya membeli rumah tu. Thanks kak. Sesungguhnya saya jatuh cinta pandang pertama pada rumah tu. Even warna rumah tu pun saya suka. Perasaan ini kembali menular selepas ianya berlaku masa saya nak beli kereta Myvi merahku dulu. Jatuh cinta pandang pertama saya pada benda..hahah..sounds kind da weird..tapi belum pernah jatuh cinta pandang pertama pada manusia..so, who's is the lucky person will be?? hahahha..


Anyway, rumah tu dijangka siap hujung 2011 tapi melihatkan perkembangannya yang macam rancak je berkemungkinan awal 2011 boleh siap..hopefully, by dat time phd saya pun akan selesai..meaning that i will celebrate a double rewards..ameenn..

Tapi gambar yang saya ambil ni ingatkan inilah rumah tu tapi bukan..mulanya terkejut jugak kalau ini rumahnya..macam nak siap dah..rupa2nya yang disebelah sana..tapi tak dapat amik gambar tu sebab terlindung..tapi nampak macam dah naik tiang2 serinya..
apa2 pun saya doa semoga kerja-kerja pembinaan tu berjalan lancar, dapat siap dalam tempoh masa yang ditetapkan..

Wednesday, September 9, 2009

Dia yang lebih memahami..

Sungguh pantas masa berlalu..
Ramadan hampir ke penghujungnya..
Saya tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku dalam ramadan ini.
Mungkin kerana saya terlampau fokus menyiapkan proposal.
Mungkin kerana saya terlampau banyak berfikir.
Mungkin kerana saya tidak mengingati Allah.
Banyak kemungkinannya..

Namun banyak perkara yang saya perlu pertimbangkan..
kadang-kala saya gagal menggunakan logik akal makanya,
Emosi memintas jalan..
Satu ketika dulu saya tidak pernah menyesal dengan
keputusan yang saya pernah ambil
Kali ini saya sangat tidak selesa..
Berulang-kali saya bertanya kembali pada diri..
Mana pendirian saya selama ini.

Benarlah kata orang, ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa..
Adakah saya bertindak mengikut perasaan..??
Tapi saya rasa saya sudah berfikir semasak-masaknya..
Apa yang saya fikirkan sudah saya laksanakan..
Benarlah perasaan was-was itu sentiasa mengganggu manusia

Saya yakin..
Saya sudah berusaha, walaupun bukan 100%..
Itu adalah lebih baik daripada hanya menadah
tangan dan berdoa tanpa berusaha dahulu
Saya yakin..
Segala perasaan yang saya rasai ini Allah yang Maha Mengetahui..
Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui, Dia Maha Mengasihani..

Semoga ramadan ini memberi saya seribu satu makna,
Yang saya sendiri tak mampu memahaminya..
Kerana Dia yang lebih memahami..

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Tiap kali bila hampir tiba 31 Ogos ayah saya akan sentiasa bercerita mengenai zaman sebelum merdeka dulu. Ayah selalu bercerita..dan ceritanya adalah cerita yang sama..Bila Malaysia mencapai kemerdekaan ayah saya berusia 10 tahun. Kata ayah, masa zaman penjajahan Jepun dulu hidup sangatlah perit. Ayah sempat bersekolah rendah sekejap sahaja..Selepas Jepun datang, keadaan berubah. Ketakutan, bunyi bom sana sini, kapal terbang melayang di udara memuntahkan bom-bomnya. Nak dapat makan nasi dalam sebulan pun susah. Masa tu ubi kayu makanan ruji. Waktu berkurung dikuatkuasakan..

Dulu masa kecil-kecil saya bosan bila ayah sentiasa bercerita tentang zaman penjajahan Jepun tu. Tapi bila saya semakin meningkat dewasa, saya semakin memahami erti cerita ayah. Saya bangga kerana saya dapat mendengar cerita tu dari ayah saya. Saya tak tahu la bagaimana generasi saya akan datang dapat mendengar lagi cerita itu. Tapi yang pasti cerita tu akan sentiasa tersemat dalam minda saya. Sesungguhnya, saya antara generasi baru ini sangat bertuah hidup dalam sebuah negara yang AMAN dan MAKMUR ni..

Terima kasih kepada pejuang dan pemimpin keamanan negara dahulu yang bermati-matian memperjuang, mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Terima kasih kepada pemimpin hari ini yang mengekal dan membawa Malaysia bertahta di mata dunia..
Terima kasih kepada ayah yang tanpa rasa jemu bercerita mengenai kemerdekaan Malaysia..

Friday, August 28, 2009

PhD Comics.













(http://www.phdcomics.com)

Wednesday, August 26, 2009

MP3, iLearning dan Terapi Seni.

Hari ini tiga sahabat ini bertemu kembali. Kami berdiskusi mengenai perkembangan penulisan kami. Nazul masih lagi kabur dengan ruang lingkup kajiannya. Saya nampak minggu ni lebih baik daripada 2 minggu sebelum ni. Nampak macam ada perkembangan positif. Sebelum berdiskusi dengan lebih lanjut kami bertukar bahan penulisan. Nazul baca bab 2 saya manakala saya baca lakaran idea2 dia. Hampir 3 minit membaca kami mula berbincang. Nazul banyak bertanya soalan mengenai topik saya Modul Pendidikan dan Pengkayaan Perkahwinan (MP3). Antaranya ialah :

"apakah extranous variables yang berkemungkinan wujud dalam kajian ini nanti?"

"matlamat utama saya adalah membina modul, so sepanjang proses pembinaan modul ini sebelum sampai ke peringkat pengujian nanti saya belum terfikir apa dia extranous variables yang akan timbul. Tapi saya pasti mungkin akan ada bila saya hendak menguji modul ini dan bila saya melihat kepada latarbelakang demografi sampel kajian saya".

"baik. siapa dia sampel kajian awak?"

"populasinya adalah pasangan yang sudah berkahwin. tapi saya tak mungkin akan dapat menjejak populasi ni jadi sampel saya adalah pasangan yang sudah berkahwin di negeri selangor dan negeri sembilan".

"justifikasinya?"

"negeri selangor mencatatkan peratusan kes perceraian tertinggi pada tahun 2007.Bermula tahun 2002 ianya meningkat mendadak sehinggalah tahun 2007. Negeri Sembilan kerana di situ ada satu pusat kaunseling yang sangat aktif menjalankan sesi kaunseling dan memudahkan saya mendapatkan sample".

begitulah perbincangan kami berlanjutan sehingga la Kak Fidah sampai. Semasa Kak Fidah sampai Nazul menerangkan kepada saya mengenai iGoogle..macamana iGoogle ni boleh 'custom made'. Sebelum tu dia menerangkan mengenai myLMS. Bila saya nampak idea2 Nazul saya cuba melontarkan pandangan:

"apa yang saya faham dan saya nampak kan Nazul why not apa yang awak nak invent nanti seperti iGoogle..since awak cakap nak gunakan apa teknologi yang dah sedia ada ni tinggal lagi how u want to levish it..mungkin innovation awak nanti jadi iLearning?"

"hmmm..masuk akal..menarik.."

Kemudian Kak Fidah pun menyertai perbincangan kami. Dia masih lagi dalam bab pengkajian literature reviewnya..mengenai terapi seni sebagai intervensi kepada kanak-kanak autistik. Kak Fidah cuba membezakan sudut pandangan terapi seni dari perspektif kaunseling dan pendidikan.

"terapi seni dalam kaunseling adalah melihat kepada terapi sebagai proses intervensi dalam sesi kaunseling. Proses ini yang akan membawa kepada hasil penemuan ilmu baru. Terapi dalam pendidikan pula melihat bagaimana terapi itu memberi pembelajaran dan yang difokuskan adalah hasil yang wujud daripada penggunaan terapi tersebut".

Uniknya kami. kami bertiga adalah berbeza bidang pengkhususan tetapi kami saling dapat memberikan idea dan input untuk satu sama lain. Saya sangat teruja hari ini kerana dapat memberi satu idea kepada Nazul iaitu iLearning. Nazul telah melontarkan satu persoalan yang saya tidak terfikir iaitu extranous variables dan Kak Fidah membuat refleksi perasaan mengenai presentation sabtu lepas. THINK OUT LOUD!!!

Sunday, August 23, 2009

Sebulan lagi..

Alamak..
Tinggal sebulan lagi masa nak siapkan proposal.
Banyak lagi yang nak kena 'touch-up' nih..
Menghadiri kolokium siswazah sabtu kelmarin membuka peluang bertemu kembali
rakan-rakan perjuangan..
Berkongsi pengalaman, bertukar pendapat dan pandangan..
Kali ini membuatkan saya berasa bahawa saya tidak berseorangan dalam perjuangan ini.

Selesai melihat rakan-rakan membentangkan proposal mereka membuatkan saya seolah-olah berperang dengan pelbagai perasaan dalam diri..
Rasa teruja untuk menyiapkan proposal supaya saya dapat membentangkannya pada bulan
hadapan, dalam masa yang sama rasa takut untuk menghadapi saat itu, melihat rakan-rakan dikritik dan di'caras'.., rasa gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dengan rakan yang sudah melunaskan beban mereka itu..

Bayangkan ada yang sudah 10 semester baru kali ini berpeluang untuk membentangkan proposalnya.., saya yang baru 2 semester ini terasa sangat kerdil untuk menempuh dugaan itu..tapi..SV saya sudah bagi lampu hijau minta saya membentangkan proposal bulan depan..saya mesti sahut cabaran ini..

Kembali berdiskusi dengan tiga sahabat saya, iya..kami masing-masing punya masalah sendiri, masalah dunia hidup kami sendiri..siapa yang faham???siapa yang mahu mendengar..kami bersama-sama..sungguh pun kami begitu dan begini lantas acaranya adalah saling memberikan telinga untuk mendengar masalah yang dihadapi..tidak dapat menghulurkan tangan memberi bantuan, ada masa dan perhatian untuk saling memahami itu sudah cukup bagi kami..terasa lega apabila ada orang yang mendengar apa yang terbuku di hati kita..

Benar...dalam perjuangan dan perjalanan ini saya tidak berseorangan, dan saya tidak boleh berseorangan.. kekadang saya berasakan sayalah insan yang paling bermasalah dalam dunia ni..masalah berperang dengan diri sendiri, jatuh bangun dengan diri sendiri, sedih dengan diri sendiri, gembira dengan kejayaan diri, motivasi intrinsik itu sangat sukar diperolehi, lantaran motivasi ekstrinsik dah membantu..itu tidak mencukupi..

Saya faham kini..lantas mengapa harus menggusarkan diri menambah beban di hati? Fikirkan yang positif..semakin hebat cabaran itu, semakin kuat ketekalan diri, semakin saya cuba mencari motivasi diri semakin saya perlu mendekatkan diri pada-Nya..

Wallahu'alam.

Friday, August 21, 2009

Ramadan datang..

Ramadan datang..
Alhamdulillah..
Saya memanjat kesyukuran kerana bertemu lagi dengan ramadan.
Saya pasti setiap kita menanti ketibaannya.
Ramadan kali ini berbeza..kerana kuberada dalam perjalanan ini..
Ramadan kali ini memberi lebih lagi peluang buatku..
Mencari kekuatan diri, menambah bekalan diri, memuhasabah jiwa, hati dan naluri..



Ramadan datang..
Sisi pandangan dan pemahaman diri ini sangat kerdil rasanya..
Lewat usia ini memisahkan kenangan kecil dahulu menyambut ramadan..
Pengertian ramadan semakin memberi kesan buat diriku..
Ramadan datang dengan peluang sekali setahun..
Rebut peluang ini dengan sebaik mungkin..

Ramadan datang..
Saya harus menghayatinya lebih lagi