Friday, August 20, 2010

wahh..mana pergi???

Salam ramadhan.
Bulan yang mulia ini kembali lagi. Saya dah lama x meng-updatekan blog ni. Tengok last post 11 Januari 2010. Maknanya dan 7 bulan saya 'mengabaikan' laman blog ni..emm..bukan sengaja yang nak disengajakan..tugasan belajar saya menuntut sepenuh perhatian (ceewwahh..kununnya..haha). tambahan sebenarnya sedikit kemalasan melanda..jadinya, laman ini diabaikan buat sementara.

Semalam selepas berborak panjang dengan seorang teman, dia menyuntik semangat saya untuk kembali aktif di laman ini..hahaha..cam pelik jer ayatku nih..dan sebenarnya..alamak..lagu Yuna la plak..saya telah berjaya merealisasikan satu impian saya yang telah lama saya simpan..jeng..jeng..jeng..

Mungkin post ini adalah permulaan untuk mengaktifkan dan menggerakkan minat baru saya..saya mula berjinak-jinak dalam bidang fotografi..dah lama simpan minat nih..azam 2 tahun lepas tercapai juga bulan Mac dulu..saya gembiraaaa..dan kini saya semakin berkobar-kobar..ceewwaahh..

harapan saya agar saya terus bersemangat dengan pembelajaran dan hobi baru ini..yey!!!

Monday, January 11, 2010

Tahun baru..

sebenarnya dah lama menyambut tahun baru..tahun baru Islam..tapi nak jugak celebret tahun masihi ni..naper la..takpe jangan runsing2 kan diri..yang penting niat, azam dan semangat yang baru..AZAM????

Aku ada azam ke tahun baru ni???aku sempat la tengok Al-kuliyyah tempohari berkomentar mengenai azam..azam ni perlulah dimulakan dengan niat..niat yang ikhlas..perlu ada objektif..perancangan nak melaksanakan azam tuh..bila dengar tu aku pun rasa cam nak kena membatalkan azam aku yang mula2 aku nak..aku nak kawin..hahaha..niat dah betul tu..aku rasa baik,ikhlas dan murni..hehehe..cumanya cara nak melaksanakan tuh aku jadi sedikit konfius dan ragu2..calonnya xde lagi..takkan la aku nak gi mengorat jejaka2 plak..aku ni ala2 gadis pemalu..malu2 kucing..hahah..niat aku terbantut..aku pompuan takkan nak ngorat lelaki..tapi rasionalnya, boleh tradisionalnya jarang2..tapi skit2 boleh la..nak mengorat lebih2 malu den..so tak jadi la azam aku tuh..nampak gayanya aku terus menunggu la sesapa yang lalu, tetiba ternampak pintu hati aku yang terbuka ni..kalo dia berani..tak malu..sila lah ketuk pintu tu yer..penunggunya lama menanti..hahahha..ayat power punyer..

Apa2 pun aku mengharapkan tahun ini memberi kebahagiaan..cehhh..bunyik macam tak bahagia je tahun lepas..bahagia..tapi nak sedikit lagi bahagia..lebih2 tak boleh nanti kena dok kat Hospital Bahagia susah pulak..aku berharap aku lebih rajin, jangan bertangguh kerja, fokus..dan apa2 pun yang penting gembira...yey!

Aku gembira kerana dikelilingi oleh keluarga yang mengambil berat..ayah selalu tipon..walaupun nak kejut aku bangun pagi..hahah..adik2 yang dah bujang trang tang tangg..anak sedara yang comellll sangat..kawan2 yang best2, mereng2, poyo2, sporting2, happening2, love u all...

Punya lah nak tengok bunga api tahun baru lepak atas jambatan dekat masjid putra, putrajaya..sekali xdenya bunga api..huhuhu...last2 gambar masjid jeh yang aku dapat..



Wednesday, December 30, 2009

Selamat tinggal 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Esok hari terakhir di tahun 2009 ini. Pejam celik, pejam celik akhirnya sampai dipenghujung tahun ini. Terasa amat pantas masa itu berlalu. Banyak cerita dinukil, gembira, gundah-gulana, air-mata ketika sedih juga gembira..

Antara angan dan sedar, sisi pandangan insan marhain ini amatlah cetek. Kadang-kala ketamakan desakan hati membuatkan tahap kesedaran diri menjadi goyah. Gesaan hati mematahkan sendi-sendi emosi yang tegak berdiri. Namun, ada hikmah disebaliknya. Yang dikhayalkan menjadi realiti.. Tambahan pula, rangkaian rendah diri, syak wasangka, putus asa, menyesakkan lagi gusaran hati dan naluri.

Apa lagi yang tinggal? Banyak mana yang usai? Perlukah dihitung kembali langkah yang berlalu? Ataupun terus mencongak laluan yang bakal ditempuhi?Menyusuri denai-denai memori lalu sungguh indah. Hidup ini perlu dihargai. Cinta datang dan pergi..Teman jua tetap dihati..Yang tinggal hanya momen-momen yang tetap terpahat diingatan ini..

Semoga menempuhi tahun 2010 membawa seribu satu pengalaman yang lebih bererti bagiku. Semoga aku dapat berjalan dengan penuh harapan walaupun hidup ini tak selalu bahagia, semoga aku sentiasa dapat memberi senyuman walaupun tiada siapa tahu lara dihati, semoga aku semakin dekat dengan-Nya, semoga aku terus berkhayal untuk menjadi yang terbaik walaupun aku mengerti hidup ini tak semudah yang disangka, semoga doaku akan sentiasa didengari-Nya..

Amin..Ya Rabbala'lamin

Saturday, December 19, 2009

Selamat hari lahir yang ke-sebulan, Dhia Amani.

Hari ni genap sebulan dhia amani, anak sedara saya. Pejam celik, pejam celik dah sebulan amani..rasa macam baru semalam tunggu Uda kat hospital..dok tengok amani kena tahan kat wad sebab demam kuning.

Kamu nak tau amani, kami semua ingat baby lelaki kuar sekali ayah kamu turun dari wad bagitau mak long "kak, dhia amani". Kami semua seronok sangat. Atuk kamu lagi seronok..rupa-rupanya dia nak sangat cucu perempuan..

Punya la atuk kamu sayang sangat kamu tiap kali call mak long tanya "tak tengok amani ke minggu ni?"..ayat tu la yang asyik atuk tanya tau..pastu atuk tak bagi mama kamu sambung keje 2 minggu sebelum korang balik Sarawak..sebabnya dia tak nak kamu dijaga oleh orang lain...tu dia..atuk kamu..habis mama dengan ayah kamu kena soal-siasat..

Sekarang kamu dah pun sebulan..makin tembam..makin berisi...dah la lahir berisi..mana taknya..mama kamu tu masa mengandungkan kamu semua makanan dia taramnya..tiap kali balik Lipis tempoyak, budu..petai pun dia makan tau..tu belum lagi pizza hut, KFC, McD..ish..ish..dan hasilnya inilah kamu Dhia AMani Nasarudin..moga kamu membesar bagai johan, sihat walafiat..comel..cantik..tinggi (macam mak longnya..hehehe..)


hari ke-2 dilahirkan..


tembamnya saya..rambut pun lebat..


time nak cukur jambul...


sebelum rambut dicukur..diam je..




taaaadaaaaa...saya dah botaak...


bestnya tido...siap menonggeng lagi...ni hari birthday ke sebulan..































Thursday, December 17, 2009

suka-suka

semalam geram sebab semua yang nak dibuat serba tak kena..saya pun buat la sesuatu yang boleh menenangkan emosi yang tak stabil tuh...temanya menajamkan kemahiran..heheh




Wednesday, December 16, 2009

kenapa..kenapa...

Hari ini saya dengan bersemangat waja, berinovasi satria dan bertenaga proton..serta berniat dengan seikhlas hati yang suci murni nih..memulakan hari ini, memulakan kerja hari ini dengan motivasi yang tinggi..lebih tinggi dari ketinggianku..

Tapi..mengapa la unsur-unsur kemalasan ni mengekori aku..gi PTSL dengan harapan boleh online la..broadband kat umah lembab nak mampus..menyakitkan ati saya je menggunakannya..sampai PTSL wifi problem..adooiii..tensionnya..semangat waja saya dah menurun..perut pulak lapar..padahal saya dah breakfes kat umah..ni perut kategori naga gamaknya..

Saya stay jugak sikijap kat PTSL..nak nyedapkan ati la nih..alang2..penat2 datang kan,penat2 tepek bedak,calit liipstik..gi makan la dulu..turun kat ZAR bakery & cafe ni ade plak wifi..cehhh..melepak la jap kat sini..sambil didendangkan dengan lagu-lagu retro..best gak...

Dah seminggu saya tak leh komen dalam FB..asyik error on page je..saya pun tak tau nape..maklum la rabun IT..dah tu xde tempat untuk bertanya dan mengadu nasib..huhu..saya dah berniat nak memulakan sesuatu yang baik..(cewahhh..) melalui FB ni..tapi ada la halangannya..apa la nasibku...

Takpela arini saya meng-updatekan blog ni..dah lama gilerzzz tak update..last post nak raye aritu..lama tu..la ni nak stat semula..kengkadang tu malas, takde masa..tapi rasanya banyak malas la..kenapa la bila time belajar ni malas je..time keje malas jugak tapi xde la semalas ni..kenapa..kenapa..

Hari ni..dibenak fikiran saya asyik kenapa..kenapa..kalo la ade kaunter pertanyaan kat sini agaknya dah lama orang tu nyampah saya dok tanya je..

Tapi serius..kenapa la malas ni ada..kenapa la saya malas sangat nih..tapi saya rasa saya xde la malas sangat cuma xde mood je...(ayat ni biasa ada dalam hatiku..bekalan untuk menyedapkan minda yang tetiba jadi separa sedar nih)..

Saya rasa saya kena gi bercuti la..nak mententeram, mencergaskan kembali minda, emosi dan psikologi saya nih..

Monday, October 19, 2009

Bicara di penghujung Syawal.

Berbicara dengan teman yang telah lama tidak bertemu mengimbau kembali kenangan Syawal yang lepas2. Bulan Syawal sebenarnya banyak meninggalkan pelbagai kenangan dan perasaan pada diri saya (dan juga teman). Tiap kali muncul Syawal hati dan perasaan kami bergolak. Kami melalui dua pengalaman yang sangat kontra di penghujung bulan Syawal. Dua tahun lepas, saya ketika itu bakal meraikan majlis yang sangat menggembirakan. Namun, itulah yang dikatakan takdir Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Teman melalui saat yang mendukacitakan walaupun sebenarnya kami akan meraikan majlis yang sangat istimewa.

Siapa tahu, peristiwa tersebut memberi pengajaran dan pengalaman hidup kami. Rentetan peristiwa di penghujung Syawal itu umpama membuka satu demi satu pengalaman baru dalam hidup saya. Jatuh bangun diri saya, luluh kecewa, duka lara, gembira bahagia semuanya bermula dari situ. Saya kira teman pun begitu juga. Dan saya pasti dia lagi tabah menghadapi semua itu..

Semalam, semua itu tinggal kenangan. Saya perlu bangkit (sebenarnya dah cuba bangkit sedikit demi sedikit) dari kesan kekecewaan itu. Teman juga perlu bangkit. Dan saya kira tempoh dua tahun itu telah memberi dia satu ruang untuk membuat pembaharuan. Syabas teman kerana semalam kamu telah berjaya memperolehi segulung ijazah. Ijazah yang tidak ditawarkan oleh mana2 universiti di Malaysia ini tetapi di universiti kehidupan kamu sendiri. Dan saya kira itulah yang sangat bermakna..

Teman, saya kira sepanjang hidup kita pasti kita akan kecewa, sedih, duka lara dan gembira. Itu lumrah hidup. Sepanjang kita hidup selama 30 tahun ini, itulah dugaan dan kekecewaan terbesar yang Allah berikan pada kita. Mungkin itu adalah turning point untuk diri kita. Cumanya bagaimana kita melihat dan menilai peristiwa dan pengalaman tersebut dari perspektif diri kita. Sekiranya Allah SWT tidak memberikan kita peristiwa dan pengalaman itu, kita tidak akan merasa kuat dan tabah. Percayalah, siapa yang nak ajar kita semua tu?? Dan Allah SWT itu Maha Mengetahui kerana Dia memberikan dugaan itu sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Lihat kita hari ini teman, cuba bandingkan diri kita sebelum peristiwa itu dan diri kita hari ini..Saya kira kita dah pun berjaya menempuhinya.

Teman,tidak kira sebesar mana kekecewaan kita, seteruk mana dugaan kita, itu adalah pengajaran untuk kita mengharungi hidup mendatang. Semoga Syawal ini kita akhiri dengan satu konklusi yang positif. kenangan itu tetap terpahat diingatan kita. pengalaman itu jalan penerusan hidup kita. Pengajaran itu sisipan penting laluan ranjau yang mendatang..