Monday, June 29, 2009

Berkelanalah kamu di muka bumi ini.



Alangkah indahnya hidup ini
Melihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa
Betapa aku insan yang kerdil ini
Jauh di sudut hati mengagumi kebesaran-Mu

Andai mata ini dapat mentafsir keindahan itu
Andai lidah ini dapat mengungkap kehebatan itu
Andai jari ini dapat melukis pemandangan itu
Ingin kucoretkan di kanvas hidup ini
Betapa luas, indah dan takjubnya ciptaan-Mu

Maka, berkelanalah lagi aku
Melihat kekuasaan-Mu
Mensyukuri nikmat-Mu

Saturday, June 27, 2009

You Are Not Alone

Pagi ni bila aku buka radio je, terdengar berita mengatakan Raja Pop Micheal Jackson meninggal dunia (patut ke aku guna istilah meninggal dunia?..whatever..)Terkejut aku. Terus aku teringat lagu favorite aku--You are not alone..Then suddenly DJ tu memutarkan lagu tu..huhuhu tetiba rasa sedih..menghayati sekejap lagu tu..Aku membesar pun dengan mendengar lagu-lagu Micheal Jackson ni. Dan aku pasti orang-orang diluar sana bersetuju dengan apa yang aku katakan ni.

Masa first time ayah aku belikan aku radio, masa umur aku 13 tahun lagu MJ yang pertama aku dengar "Smooth Criminal". Kemudian "Billie Jean", "The Way You Make Me Feel", "Remember The Time", "Black or White", "Man in the Mirror", yang membuatkan aku menggoyangkan badan setiap kali mendengar lagu-lagu tu.

Walaupun aku bukan peminat fantik MJ, tapi lagu-lagunya memberi kesan pada kehidupan aku dan it's lite up my day actually..and I'm sure kehilangan MJ sangat memberi impak maksima..heheh...kepada indusri muzik dan peminat-peminatnya.

Thursday, June 25, 2009

Diskusi pecah kepala

Seminggu sekali aku akan berdiskusi bersama dua rakan sephd aku. Kak Fidah dan Nazul. Bagus dapat berdiskusi macam ni. Ada dateline nak kena kejar.Ada keje nak dibuat dan yang penting buat keje bukan syok sendiri.Sebelum aku mendaftar buat PhD ni aku memikirkan macamana la nak cari kawan yang boleh bersama-sama berusaha.Tup2 masa mendaftar jumpa la dengan Kak Fidah itu pun setelah diperkenalkan oleh seorang teman.Citer punya citer dunia ni kecik je dan kami pun jadi la kawan baik.Kan kak Fidah kan..heheh. Nazul pulak kawan sekerja kak Fidah tapi lain department. Disebabkan selalu jumpa kat library kami pun sebulat suara membentuk kumpulan sendiri.Tapi yang bestnya tentang kak fidah dan Nazul ni ialah Kak Fidah bernas dengan idea-idea dan pengalaman yang menakjubkan manakala Nazul pulak pakar IT.Tiap kali jumpa mesti ada pelajaran baru tentang IT yang dia akan kongsi dengan kami.Tu yang best tu.TQ Nazul..

Baru ni kembali semula berjumpa selepas masing2 bercuti.Biasalah bila balik dari cuti ni banyak citer, nak stat enjin pun lambat skit.Masing2 kami kena present apa yang dah ditetapkan sebelum cuti dulu.Aku biasalah dok pusing2 tang tu jugak..problem statement tak siap2 lagi.Dok risau pulak pasal metodologi apa nak guna.Kak Fidah kena kritik hebat oleh pengkritik tetap--->Nazul. Tapi Nazul bagi kritikan yang membina dan aku pun tak terfikir jugak apa yang Nazul katakan tu. Part Nazul pulak dia bagi term baru minggu ni--->science service. Minggu lepas pasal 'mashup'. Aku pun dah lupa dah apa tu 'mashup'. Bagus jugak ada kawan tau pasal IT ni.Berkembang skit perkembangan IT aku kalau tak apa berlaku pun aku tak tau. Nak ambik tau pun malas.Part aku diaorang masih tak nampak lagi apa yang aku nak jelaskan sebenarnya. Sedar aku, aku pun dah confius mana satu nak difokuskan marriage therapy atau senario perceraian di Malaysia.

Abis diskusi aku memikir lagi. Tak sampai maksud lagi problem statment aku ni. Mula la aku memikir pulak pasal metodologi..Aduii..fening la..

Wednesday, June 24, 2009

Muhasabah diri

Dah lama aku tak menjenguk laman blog aku ni...
bila tengok last posting aku bulan Mac dulu..ingatan aku pun pantas mengingat kembali peristiwa2 yang berlaku dalam bulan Mac. Jarak antara bulan Mac dengan Jun sekarang 3 bulan. Sekarang ni rasa terlalu cepat sangat masa beredar. Aku tak tau la orang lain tapi bagi aku masa berlalu begitu pantas.

Selama aku tidak menulis dalam blog ni aku sebenarnya mencari kembali kekuatan diri. Aku sentiasa cuba membandingkan diri aku masa aku buat master dulu dengan masa sekarang ni. Aku selalu berkata mengapa aku tak boleh buat macam aku buat masa master tu. Aku rasa keadaannya takde la jauh bezanya. Bila banyak keraguan, kerisauan timbul dalam diri maka tahap motivasi diri pun mula merudum. Kadang-kala sampai satu tahap aku rasa malas sangat. Kenapa la aku boleh jadi macam tu..

kemudian aku kembali sedar dan berpijak di bumi nyata. Semua yang aku fikir tu adalah godaan syaitan yang nak melemahkan semangat aku. Dan itu lah jua sebahagian ujian yang perlu aku lalui dalam perjalanan ini.

Seorang rakan sekerja berkongsi pengalaman menyiapkan tesis PhDnya. Menurut beliau, buat PhD ni bukan sekadar melangsungkan perhubungan antara sesama manusia tetapi yang lebihnya adalah hubungan kita dengan Allah SWT. Kita berusaha sedaya upaya kita namun yang selebihnya kita perlu berdoa dan bertawakkal kepadanya. Allah SWT punya cara menguji setiap hamba-Nya. dan apabila manusia itu diuji maka itu adalah tanda Allah SWT sayang kepadanya.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan yang berterusan untuk aku meneruskan perjalanan ini...AMIn..