Thursday, June 25, 2009

Diskusi pecah kepala

Seminggu sekali aku akan berdiskusi bersama dua rakan sephd aku. Kak Fidah dan Nazul. Bagus dapat berdiskusi macam ni. Ada dateline nak kena kejar.Ada keje nak dibuat dan yang penting buat keje bukan syok sendiri.Sebelum aku mendaftar buat PhD ni aku memikirkan macamana la nak cari kawan yang boleh bersama-sama berusaha.Tup2 masa mendaftar jumpa la dengan Kak Fidah itu pun setelah diperkenalkan oleh seorang teman.Citer punya citer dunia ni kecik je dan kami pun jadi la kawan baik.Kan kak Fidah kan..heheh. Nazul pulak kawan sekerja kak Fidah tapi lain department. Disebabkan selalu jumpa kat library kami pun sebulat suara membentuk kumpulan sendiri.Tapi yang bestnya tentang kak fidah dan Nazul ni ialah Kak Fidah bernas dengan idea-idea dan pengalaman yang menakjubkan manakala Nazul pulak pakar IT.Tiap kali jumpa mesti ada pelajaran baru tentang IT yang dia akan kongsi dengan kami.Tu yang best tu.TQ Nazul..

Baru ni kembali semula berjumpa selepas masing2 bercuti.Biasalah bila balik dari cuti ni banyak citer, nak stat enjin pun lambat skit.Masing2 kami kena present apa yang dah ditetapkan sebelum cuti dulu.Aku biasalah dok pusing2 tang tu jugak..problem statement tak siap2 lagi.Dok risau pulak pasal metodologi apa nak guna.Kak Fidah kena kritik hebat oleh pengkritik tetap--->Nazul. Tapi Nazul bagi kritikan yang membina dan aku pun tak terfikir jugak apa yang Nazul katakan tu. Part Nazul pulak dia bagi term baru minggu ni--->science service. Minggu lepas pasal 'mashup'. Aku pun dah lupa dah apa tu 'mashup'. Bagus jugak ada kawan tau pasal IT ni.Berkembang skit perkembangan IT aku kalau tak apa berlaku pun aku tak tau. Nak ambik tau pun malas.Part aku diaorang masih tak nampak lagi apa yang aku nak jelaskan sebenarnya. Sedar aku, aku pun dah confius mana satu nak difokuskan marriage therapy atau senario perceraian di Malaysia.

Abis diskusi aku memikir lagi. Tak sampai maksud lagi problem statment aku ni. Mula la aku memikir pulak pasal metodologi..Aduii..fening la..

0 comments:

Post a Comment