Monday, October 19, 2009

Bicara di penghujung Syawal.

Berbicara dengan teman yang telah lama tidak bertemu mengimbau kembali kenangan Syawal yang lepas2. Bulan Syawal sebenarnya banyak meninggalkan pelbagai kenangan dan perasaan pada diri saya (dan juga teman). Tiap kali muncul Syawal hati dan perasaan kami bergolak. Kami melalui dua pengalaman yang sangat kontra di penghujung bulan Syawal. Dua tahun lepas, saya ketika itu bakal meraikan majlis yang sangat menggembirakan. Namun, itulah yang dikatakan takdir Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Teman melalui saat yang mendukacitakan walaupun sebenarnya kami akan meraikan majlis yang sangat istimewa.

Siapa tahu, peristiwa tersebut memberi pengajaran dan pengalaman hidup kami. Rentetan peristiwa di penghujung Syawal itu umpama membuka satu demi satu pengalaman baru dalam hidup saya. Jatuh bangun diri saya, luluh kecewa, duka lara, gembira bahagia semuanya bermula dari situ. Saya kira teman pun begitu juga. Dan saya pasti dia lagi tabah menghadapi semua itu..

Semalam, semua itu tinggal kenangan. Saya perlu bangkit (sebenarnya dah cuba bangkit sedikit demi sedikit) dari kesan kekecewaan itu. Teman juga perlu bangkit. Dan saya kira tempoh dua tahun itu telah memberi dia satu ruang untuk membuat pembaharuan. Syabas teman kerana semalam kamu telah berjaya memperolehi segulung ijazah. Ijazah yang tidak ditawarkan oleh mana2 universiti di Malaysia ini tetapi di universiti kehidupan kamu sendiri. Dan saya kira itulah yang sangat bermakna..

Teman, saya kira sepanjang hidup kita pasti kita akan kecewa, sedih, duka lara dan gembira. Itu lumrah hidup. Sepanjang kita hidup selama 30 tahun ini, itulah dugaan dan kekecewaan terbesar yang Allah berikan pada kita. Mungkin itu adalah turning point untuk diri kita. Cumanya bagaimana kita melihat dan menilai peristiwa dan pengalaman tersebut dari perspektif diri kita. Sekiranya Allah SWT tidak memberikan kita peristiwa dan pengalaman itu, kita tidak akan merasa kuat dan tabah. Percayalah, siapa yang nak ajar kita semua tu?? Dan Allah SWT itu Maha Mengetahui kerana Dia memberikan dugaan itu sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Lihat kita hari ini teman, cuba bandingkan diri kita sebelum peristiwa itu dan diri kita hari ini..Saya kira kita dah pun berjaya menempuhinya.

Teman,tidak kira sebesar mana kekecewaan kita, seteruk mana dugaan kita, itu adalah pengajaran untuk kita mengharungi hidup mendatang. Semoga Syawal ini kita akhiri dengan satu konklusi yang positif. kenangan itu tetap terpahat diingatan kita. pengalaman itu jalan penerusan hidup kita. Pengajaran itu sisipan penting laluan ranjau yang mendatang..

2 comments:

*teman* said...

terima kasih untuk post ini... sayang awak!

Anonymous said...

"Orang yang kaya itu ialah orang yang sentiasa merasa cukup dan redha dgn segala anugerah Ilahi"

Post a Comment