Friday, August 14, 2009

Demi masa !


Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan kesabaran.

(surah Al-'Asr: ayat 1-3)

Sesungguhnya terasa begitu cepat masa berlalu..
Ya..saya berasa sangat rugi kerana melengah-lengahkan kerja saya.
Baru kini saya menginginkan..alangkah bagusnya kalau saya dapat mengambil kembali masa yang disia-siakan itu..

Terasa sesak nafas dan dada kerana dateline dah semakin hampir..
Buku masih banyak yang belum dibaca..
Idea masih belum ditungkahkan sepenuhnya..
Makanya, hasil pun menjadi tidak memuaskan hati..
Tapi, saya menyedari bahawa saya ini manusia biasa jua
Tak dapat lari dari kesilapan dan permasalahan diri..
Kadang-kala masalah orang lain pun mengesankan pada diri ini..
Jadi nak salahkan siapa??

Tafsiran positif menerjah masuk emosi saya..
Bukan semua itu salahku..
Sekali lagi, aku ini manusia biasa..
Bukan melengahkan kerja tapi memikir dan mencari idea..
Oleh itu perlukan masa..bukan boleh dipaksa-paksa..
Saya rasa saya tak rugi..
Tapi ayat di atas mengajar saya supaya kelak beringat dan sentiasa menghargai masa..
Kerana masa itu tidak menunggu kita..
Itulah yang dikatakan masa itu emas.

Wallahualam

2 comments:

Mama hafiy said...

sekadar berkongsi nasihat dari teman sePhd " niatkan dalam hati yang kita buat kerja-kerja research ini sebagai satu ibadah ". InsyaAllah,sesungguhnya Allah senantiasa mendengar doa hambaNya..Semoga momentum ini terus konsisten

baiey said...

Ya..begitulah niatnya..apabila kita berniat untuk melakukan ibadah, kita harus berusaha, ikhlas dan sabar..
kita bersama-sama tabah menempuh perjuangan ini..

Post a Comment