Tuesday, August 4, 2009

Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani


Tuhan mencipta bumi, langit, syurga, bintan-bintang, bulan, dan hujan. Tuhan mencipta manusia. Tuhan mengatur semua. Jalur hidup insan-warna cerah atau kelam, hujan atau teduh..

"Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.."

Seorang mahu menjadi pelangi, yang seorang mengaku matahari. Dan saya cuma mahu menjadi seorang manusia, menjadi hamba, akan saya pilih siapa setelah saya teduh nanti? Bukankah pelangi akan apabila basah hujan kering di bumi, dan matahari akan terbenam apabila senja mendatangi?

..cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. Ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Penciptannya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya, tidak dapat tidak. Itulah titik hubungan kita di muka bumi ini, titik hubungan kita dengan insan lain dan juga segala tindakan.

Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita. Dia Yang Maha Esa telah mencipta bumi, langit, syurga, bintan-bintang, bulan, dan hujan. Tuhan mencipta manusia. Dan manusia tak berada di dunia tiba-tiba. Sebagai hamba kita akan diduga, diberi bahagia, diberi peta. Kadang ada bahagian yang dapat kita lakar, selalunya ada bahagian cuma kita merencanakan dan Dia lebih menentukan. Peta itu ada sudut sudah digores, ada bucu masih kosong, menanti masa terlukis...

0 comments:

Post a Comment