Friday, August 7, 2009

Ikut jadual Allah.

Tidak menepati batas waktu yang telah dijanjikan amat tidak menyenangkan. Berusaha menjejaki masa yang telah ditinggalkan amat memenatkan. Kereta yang dipecut 110kmj pun tak mampu untuk menepati kembali masa yang ditinggalkan. Benar kata seorang teman, kita tidak boleh mempercepatkan atau memperlambatkan masa yang telah Allah SWT tetapkan untuk kita.

Allah SWT telah menciptakan manusia dan menyempurnakannya dengan segala keperluannya. Tiada sesuatu yang berlaku tanpa perancangan dari Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Segala ciptaan Allah SWT direncana dengan begitu baik, indah dan sempurna.

Seperti segala kejadian di langit dan bumi, makhluk-makhluk, alam barzakh..
Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetukan perjalanan tiap-tiap satu itu pada tempat-tempat peredaran masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Dan tidaklah Allah menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar" (Surah Yunus : 5)

Maknanya, segala ciptaan Allah SWT itu mempunyai jadualnya sendiri. Semenjak kecil lagi kita diajar oleh ibu bapa kita supaya membuat jadual pembelajaran sendiri. Pergi ke sekolah ada jadual waktu yang disediakan oleh guru. Solat lima waktu ada jadual waktunya. Bila kita meningkat dewasa, bergalangkan akal fikiran serta emosi yang matang kita merancang masa depan..

"Tahun ni aku habis belajar. Lepas ni nak cari keje. Kumpul duit, beli kete. Ada jodoh, kawin.."

Namun itu semua perancangan kita. Perancang yang abadi adalah Allah SWT. Jadual dan perancangan-Nya tidak pernah salah, tidak pernah terlewat atau terlambat walau sesaat pun. Dan jadual perancangan kita pun berada di tangan-Nya..

Maka, semuanya kembali mengikut jadual Allah. Bila orang tanya saya "Bila nak kawin?" Apakah mereka sedar bahawa saya pun tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kepada soalan mereka..atau mungkin saya kena jawab..ikut jadual Allah..

Wallahu'alam.

1 comments:

im said...

...kerja Tuhan siapa yang tahu...

Post a Comment