Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Tiap kali bila hampir tiba 31 Ogos ayah saya akan sentiasa bercerita mengenai zaman sebelum merdeka dulu. Ayah selalu bercerita..dan ceritanya adalah cerita yang sama..Bila Malaysia mencapai kemerdekaan ayah saya berusia 10 tahun. Kata ayah, masa zaman penjajahan Jepun dulu hidup sangatlah perit. Ayah sempat bersekolah rendah sekejap sahaja..Selepas Jepun datang, keadaan berubah. Ketakutan, bunyi bom sana sini, kapal terbang melayang di udara memuntahkan bom-bomnya. Nak dapat makan nasi dalam sebulan pun susah. Masa tu ubi kayu makanan ruji. Waktu berkurung dikuatkuasakan..

Dulu masa kecil-kecil saya bosan bila ayah sentiasa bercerita tentang zaman penjajahan Jepun tu. Tapi bila saya semakin meningkat dewasa, saya semakin memahami erti cerita ayah. Saya bangga kerana saya dapat mendengar cerita tu dari ayah saya. Saya tak tahu la bagaimana generasi saya akan datang dapat mendengar lagi cerita itu. Tapi yang pasti cerita tu akan sentiasa tersemat dalam minda saya. Sesungguhnya, saya antara generasi baru ini sangat bertuah hidup dalam sebuah negara yang AMAN dan MAKMUR ni..

Terima kasih kepada pejuang dan pemimpin keamanan negara dahulu yang bermati-matian memperjuang, mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Terima kasih kepada pemimpin hari ini yang mengekal dan membawa Malaysia bertahta di mata dunia..
Terima kasih kepada ayah yang tanpa rasa jemu bercerita mengenai kemerdekaan Malaysia..

0 comments:

Post a Comment