Friday, January 30, 2009

Berbaloi menanti...

"Bae..Kak Zu ada berita baik nak bagitau nanti.."
"Apa dia Kak Zu..? Nak kawin ek.."
"Takde la...Nanti la Kak Zu bagitau"

Bila dah jumpa..penatnya bercakap..non-stop..rasa macam lama sangat tak jumpa padahal baru je jumpa masa konvokesyen bulan Oktober dulu..sebelum bercerita pasal orang lain baik cite pasal diri sendiri dulu...

"Kak Zu dapat KPLI"
"Alhamdulillah.."
"Berbaloi Kak Zu menanti.."
"Tapi jauh..nun kat Perlis"
'Takpe la..tu kan rezeki..mana tau tambah lagi rezeki jumpa jodoh kat sana.."
"Tu la..bersyukur sangat.."
"Nanti bila lagi dapat jumpa kan.."

Iye..memang berbaloi kalau kita menanti dengan penuh kesabaran dan keikhlasan..Namun, akal kita sering-kali bertelingkah dengan emosi untuk memberi keyakinan..tatkala akal membenteng keyakinan, emosi menduga kesabaran..

Tapi, bila apa yang dinantikan itu tiba, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan itu..

0 comments:

Post a Comment