Sunday, January 4, 2009

mana momentom???

Alhamdulillah..
Akhirnya impian nak sambung phd dalam tahun ni berjaya jugak. Tapi sebenarnya terkejut juga..tak sangka boleh dapat..Inilah yang dikatakan rezeki daripada ALlah. Dah seminggu register tapi semangat nak memulakan pengajian tu macam tak de je...
23 Disember 2008 tarikh saya mendaftar sebagai pelajar PhD. Gerun jugak bunyinya..Pelajar PhD..a lots of expectation, tasks and duties..
Saya suka belajar..suka membaca tapi bab-bab nak menulis ni susah sikit..kena dipupuk dan diasah dulu agaknya..

Masa sesi orientasi pelajar baru, dekan fakulti ada berucap menyatakan bahawa proses pembelajaran kami sebenarnya bukan sahaja memberi kesan kepada kami sebagai pelajar tetapi juga kepada keluarga, rakan-rakan yang terlibat mungkin turut mendapat impaknya. Macam suami ke isteri anak-anak, kadang-kala kesibukannya tak menentu..

Idea kadang-kadang datang tak menentu..dulu masa buat master tengah memasak tetiba dapat idea terus lari ke bilik ambil kertas dan pen tulis ayat-ayat tu...

Sekarang ni..nak tulis sebaris ayat pun tak keluar idea..risau la...sedang mencari mananya momentom untuk memulakan perjalanan baru ini..

Masa dengar taklimat dekan tu, semangat berkobar-kobar..nak buat tu, nak buat ni..tapi sekarang ni lain pulak jadinya..

Last mesej dari dekan tu "Membaca ni membuatkan kita jadi awet muda. Kerana bila kita membaca, otak kita berligar memproses data-data, mentafsir maklumat, mencerna kandungan, macam-macam lagi lah. So, makin banyak membaca makin cantik la muka"...

1 comments:

Darth Windu said...

Pemikiran melayang bermakna ada yang hilang
ada yg kosong sebab itu fikiran melopong
wujudnya ruang yang membuat idea menjurang
penuhi fitrahmu, nescaya jiwamu akan tenang.

Post a Comment