Tuesday, January 6, 2009

Sekilas perasaan ini...


Petang semalam aku dapat mesej dari Lili menyatakan Meena kemalangan..Aku terkejut sangat..Patut la dari semalam aku asyik teringin nak call dia tapi aku tak call jugak..dah lama tak bercakap dengan Meena...semenjak panggilan airmatanya nak putus dengan mamat tu...

Aku pun segera call handphonenya..Kak Teh yang jawab..suara Kak Teh pun dalam keadaan terkejut...Aku bertanya pada Kak Teh macamana kejadian boleh berlaku.

Menurut Kak Teh, Meena balik dari sekolah terus ambil anak sedaranya Irsyad katanya nak bawa jalan-jalan. Keluar lebih kurang 5 kilometer dari rumah, berhampiran simpang ke Casuarina tu dia kemalangan. Menurut Irsyad, mumminya (panggilan anak-anak sedara Meena padanya mummmi) brek nak mengelakkan babi melintas...Menurut Kak Teh lagi kereta tu terbabas melanggar dua tiang elektrik. Keretanya terbalik. Empat-empat tayar ke atas..

Ya Allah...berderau darah aku mendengar cerita Kak Teh...sekarang ni Meena kat wad. Doktor nak tunggu keputusan x-ray takut tulang belakangnya mengalami kecederaan...

Bila dengar ecrita member sendiri kemalangan macam ni, aku rasa takut, fobia nak bawak kereta laju-laju..aku takde la suka bawak kereta laju-laju macam mat rempit tu tapi tak beoleh la bawak slow-slow ni..mengantuk...

Dulu pernah masa balik kampung sorang-sorang aku nyaris terbabas nak langgar divider tu..nasib baik tercelik..kalau aku terlelap sesaat je lagi alamatnya...Innalillahiwainnailaihirajiunn...

Tapi bak kata Nori "bawak kereta laju ke perlahan kalau dah sampai ajal tu akan mati jugak. Takkan terlewat sesaat atau awal sesaat pun". Betul jugak kata Nori tu..

Seorang hamba ALLAH ni sentiasa mengingati aku mengenai 3 perkara yang kita tidak akan mengetahui bila datangnya ia..AJAL, REZEKI DAN JODOH..

Bila akan sampainya ajal kita? Kita pun tak tau...boleh ke kita nak mengelakkannya...bersembunyi dalam gua batu sekalipun kalau ALLAH kata ajal kita akan sampai di saat itu maka matilah kita..

Bila rezeki kita dapat? Kita mungkin tau bila kita mendapat sesuatu yang kita inginkan tu kita kata itu rezeki kita...tapi kita tau ke esok kita akan dapat lagi ke..mungkin ye mungkin tidak..kadang-kala kita dapat apa yang tak pernah kita inginkan...rezeki juga namanya..tapi kita tak tau kan...

Bila jodoh kita sampai? adakah kita pasti yang insan yang kita kenal tu akan bersama dengan kita hingga ke akhir hayat kita? Kita tak tau kan..kita dah yakin yang dia ni jodoh kita tapi sampai saat cinta tak kesampaian, takde jodoh la tu kan...

Sampai saat ini aku pasrah, sentiasa positifkan pemikiran bahawa semua ini aku kena lalui...apa yang aku lalui ini memberi banyak pengajaran dan pengalaman dalam hidup aku..belajar mengenali insan bernama lelaki, mengenali diri sendiri, mengenali siapa teman dan keluarga, mengenali kehidupan, mendekatkan diri kepada ALLAH...

Meena, semoga kau cepat sembuh....

0 comments:

Post a Comment