Tuesday, January 27, 2009

FMC Hutan Simpan UPM



Minggu lepas join fakulti pegi camping..huhu..bestnya..dah lama tak masuk hutan ni..last masuk hutan tahun lepas..teruja skit...sampai je bagi taklimat kat student..diaorang kena pasang khemah sendiri.sebelum tu ada renjer yang demo cara nak pasang khemah..Lepas tu kena la pasang sendiri..

Nak pasang khemah pun ambik masa..tup, tup dah maghrib..masa untuk makan malam..yang bestnya masak guna dapur gas..heheh..tak payah susah2 hidupkan api..sesuai la dengan tema camping focus motivation camp..bukannya survivor camp..malam ni dinner lauk sardin, sayur kobis goreng n ayam crispy goreng..boleh tahan la sedapnya...

Ada satu dapur yang digunakan oleh askar kot nak masak makanan..tapi dalam kuantiti yang banyak la..

Keesokannya, aku datang lepas Asar (sebab pagi kena gi kelas..camping jugak kelas xleh ponteng)..sampai je diaorang tengah buat aktiviti berpasukan..mata semua kena tutup..ada seorang ketua yang akan mengendalikan perjalanan tersebut..kena berpegang pada tali dan tangan antara satu sama lain..ahli2 kumpulan kena percaya pada ketua ni..kalau ketua ni masuk parit semua kena masuk parit..

punya la jauh jalannya..berliku-liku,

merempuh pokok yang tak seberapa besar,

memegang jentera yang membatu,

merentasi paya yang tak berapa dalam,

akhirnya tersungkur di hujung dahan yang patah..

orang jerit suruh menyusup bawah dahan tu, yang si ketuanya tak mendengar arahan naik atas dahan tu patah..tu la tak mengikut arahan lagi..

Malamnya pulak..ada nite walk..burung hantu...masuk dalam hutn tu..lalu taman herba..merentasi air terjun..dibekalkan dengan password..buatnya terserempak dengan sesiapa password ni la cara nak mengenalpasti..abis nite walk..diaorang ni ditinggalkan sorang2 kat dalam hutan tu..diberi lilin sepanjang dua inci sebagai penyuluh untuk mencari jalan pulang...

selamat kembali...

0 comments:

Post a Comment